KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas jika benar terdapat sebarang perlanggaran dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga berhubung dakwaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Isnin lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, PDRM juga mengambil perhatian serius terhadap dakwaan keengganan anggota polis menerima laporan kes keganasan rumah tangga.
"Sejak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 berkuat kuasa pada 1 jun 1996, PDRM telah mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes-kes keganasan rumah tangga untuk dipatuhi di semua peringkat.
"Ini termasuklah arahan tindakan tatatertib ke atas anggota yang enggan menerima laporan polis kes keganasan rumah tangga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata PDRM memohon KPWKM dan mana-mana pihak terkesan berhubung isu dibangkitkan untuk tampil serta memberi maklumat lebih terperinci supaya siasatan dalaman dapat dijalankan dan tindakan dapat diambil ke atas anggota terlibat jika perkara itu benar berlaku.
Pada Isnin lepas, KPWKM memaklumkan sesetengah anggota polis enggan menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga dengan alasan ia adalah isu keluarga.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dilaporkan berkata pihaknya menasihatkan mangsa untuk segera ke hospital dan mendapatkan laporan perubatan.
Beliau juga dilaporkan berkata laporan daripada hospital dapat diguna pakai supaya pihak polis tidak boleh menidakkan laporan yang mereka buat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

PDRM mengambil perhatian serius terhadap dakwaan keengganan anggota polis menerima laporan kes keganasan rumah tangga. - Gambar hiasan

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

Polis terima satu lagi laporan berkaitan pengasas Dnars
Laporan kedua diterima pada 21 Jun lepas daripada abang Allahyarham.

Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap
Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon berkenaan bungkusan barangan penghantaran ke Sabah.

Keluarga pengasas Dnars buat laporan SPRM pula
Abang sulung Allahyarham, Mohd Faisal Rohban Ahmad, 48, yang ditemani peguam dilantik keluarganya, Lt Kol (B) Azhar Ahmad, hadir ke pejabat SPRM Kelantan pada jam 2.30 petang tadi.

Peniaga dalam talian mengaku salah buat laporan polis palsu
Tertuduh didakwa membuat laporan polis palsu, yang mendakwa dia dirompak dua lelaki yang menyebabkan kerugian RM6,000.

Pemilihan PKR: Afdlin Shauki buat laporan polis terhadap JPP
Beliau mendakwa, JPP gagal menguruskan perjalanan pengundian dengan baik sehingga dipercayai wujud banyak penipuan.

ADUN Chukai lapor polis individu sebar video aib
Laporan dibuat susulan penyebaran video oleh individu tidak dikenali yang menunjukkan ADUN Kijal itu seolah-olah ingin memegang kemaluannya.

Hina kaum KDMR dan Unduk Ngadau, Joanna Kitingan buat laporan polis
Joanna bersama pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022, Frenerietta Sobitun membuat laporan itu di Balai Polis Penampang pada jam 2 petang Khamis.

PRESMA buat laporan polis terhadap artikel 'kartel mamak'
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) membuat laporan polis berhubung artikel diterbitkan Kosmo! Online.

'Altantuya buat laporan polis, minta cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku kepadanya' - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu Altantuya pernah membuat laporan polis menyatakan 'sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda', hari yang sama wanita itu hilang hampir 16 tahun lepas.

Kes jenayah seksual Da'i Syed diteruskan atau ditarik balik diketahui 31 Mei
Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.