Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya memandang berat kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kesungguhan dan keberkesanan tindakan pasukan keselamatan itu dalam menangani aktiviti perjudian.
Beliau mengakui dengan perkembangan teknologi semasa, pihaknya kini berdepan pelbagai cabaran dalam memerangi aktiviti perjudian terutamanya kegiatan judi dalam talian kerana melibatkan server di luar negara dan pengguna aplikasi telefon bimbit yang menyukarkan tindakan penguatkuasaan.
Bagaimanapun, pelbagai usaha yang diambil pihak polis dalam membanteras perjudian menunjukkan hasil. Ini termasuk usaha membanteras perjudian komputer di mana 2,158 serbuan dijalankan dari Januari hingga Jun lepas yang membawa kepada penahanan 6,168 orang dan rampasan 16,345 mesin judi.
"Bagi perjudian bentuk lain pula, 8,118 serbuan dijalankan dalam tempoh yang sama dengan menahan 14,780 individu selain merampas 16,275 mesin judi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata bagi tempoh Januari hingga 20 Julai lalu, pihaknya menahan 32 individu di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA) berkaitan kesalahan judi dalam talian, judi loteri haram, judi bookie dan judi bebas atau dalam bangunan.
"Ini menunjukkan pengurangan berbanding tahun lepas apabila 34 individu telah dikenakan tindakan di bawah POCA," katanya.
Mohamad Fuzi berkata pihaknya juga mengambil langkah tambahan dengan menyediakan bilik gerakan bagi memudahkan orang awam membuat laporan.
"Kesemua kontinjen di setiap negeri telah membuka bilik gerakan khas bagi memudahkan laporan dilakukan berhubung kegiatan judi," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan judi di kawasan mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Perlis di talian 04-9082 273; Kedah 04-7741 379; Pulau Pinang 04-2221 722; Perak 05-2451 222; Selangor 03-5514 5168; Negeri Sembilan 06-7682 340; Melaka 06-2854 222; Johor 07-2254 422; Kelantan 09-7455 636; Terengganu 09-6354 814; Pahang 09-5052 269; Sabah 088-4548 51; Sarawak 082-2742 13; Kuala Lumpur 03-2146 0670 dan Bukit Aman 03-2266 6261.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 20 2018
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memandang berat kenyataan pihak yang mempertikaikan kesungguhan dan keberkesanan tindakan pasukan keselamatan itu menangani perjudian. - Foto BERNAMA
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Op Limau: 120 ditahan terlibat judi haram - Polis
Dalam tempoh itu, sebanyak 20 serbuan dilaksanakan dan 120 individu terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita ditahan, manakala wang tunai berjumlah RM92,481 dirampas.
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Sembilan dicekup leka main judi dalam ladang sawit
Penganjur yang merupakan pengusaha kelapa sawit menghebahkan aktiviti perjudian itu dalam kalangan kenalan yang kebanyakan juga merupakan pengusaha sawit.
Judi: Polis Sabah rampas lebih RM100,000, tangkap 93 orang
Sebanyak 12 serbuan telah dijalankan di bawah Op Limau, sempena Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Pembebasan 47 tahanan Malaysia sudah mendapat perintah mahkamah Kemboja
Perkara utama yang diterapkan semasa membuat rundingan bersama kerajaan Kemboja adalah untuk menghormati undang-undang negara terbabit.
PDRM buka bilik gerakan khas tangani kegiatan perjudian
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya memandang berat kenyataan pelbagai pihak yang mempertikaikan kesungguhan dan keberkesanan tindakan pasukan keselamatan itu.
Polis Sarawak tahan 82 lagi individu terlibat aktiviti judi
Polis Sarawak melakar satu lagi kejayaan dalam usahanya membanteras aktiviti perjudian di negeri ini apabila menahan 82 lagi individu minggu lepas.