SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menimbangkan penubuhan sebuah jawatankuasa bersama dengan Polis Diraja Thailand bagi menangani jenayah siber rentas sempadan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia adalah antara cadangan yang dikemukakan dalam Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke-26 hari ini.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa bertujuan memudahkan polis kedua-dua negara untuk bertukar maklumat mengenai jenayah siber rentas sempadan di kedua-dua negara.
"Seperti contoh sindiket penipuan dalam talian yang berpengkalan di Malaysia dan melakukan penipuan terhadap orang di Thailand dan sebaliknya, berikutan isu had kuasa (jurisdiction), kedua-dua pasukan polis (Malaysia dan Thailand) menghadapi masalah untuk membanteras sindiket terlibat.
"Cadangan penubuhan jawatankuasa ini saya akan bawa kepada Ketua Polis Negara untuk dipertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas majlis penutup masyuarat berkenaan di sini, hari ini.
Turut hadir Penolong Komisioner Jeneral Polis Diraja Thailand Sarawut Karnpanich selaku ketua delegasi dari Thailand.
Sementara itu dalam persidangan media yang sama, Sarawut memberitahu bahawa Thailand menyaksikan peningkatan dalam kes-kes jenayah siber sejak beberapa tahun lepas, namun hakikatnya ia bukan hanya berlaku di Thailand, malah peningkatan itu turut dirasai di lain-lain negara.
"Sebagaimana Malaysia, jenayah siber turut meningkat di Thailand, dan kami juga berusaha melakukan sebaik mungkin untuk menguasai teknologi terkini, dan berusaha mencari jalan bagaimana kita boleh terus tingkatkan kerjasama dalam menangani jenayah ini," katanya.
Mesyuarat selama dua hari yang berakhir hari ini antara polis kedua-dua negara itu membincangkan pelbagai isu, antaranya mengenai jenayah rentas sempadan seperti aktiviti keganasan, penyeludupan dadah dan manusia selain jenayah laut serta lanun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Mohd Shuhaily bercakap selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah hari ini. Turut bersama, Penolong Komisioner Jeneral Polis Diraja Thailand Sarawut Karnpanich. - Foto Bernama
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Sabah, Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh
Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.