Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid ini berikutan seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan yang kini menjalani hukuman di penjara-penjara Indonesia dijangka akan dibebaskan tahun depan.
"Saya telah minta PDRM dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia seperti penjara, polis dan imigresen kerana kita tidak akan izinkan bekas-bekas banduan daripada pengikut Abu Bakar Bashir ini masuk ke Malaysia ataupun menggunakan Malaysia sebagai tapak untuk mereka memperluaskan 'sikap militan'," katanya.
Ini kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebaliknya Islam mengajar kesederhanaan, katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014, di sini pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pada majlis yang sama beliau melancarkan buku bertajuk 'A Policeman' hasil karya Wan Junaidi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai polis.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata semalam beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menghalang Ketua Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla dari masuk ke negara ini.
"Pihak polis telah mendapat beberapa laporan menyatakan jika beliau memberikan ceramah atau menghadiri program anjuran beberapa badan bukan kerajaan tindakan itu boleh merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi juga akan menyeleweng pegangan kita sebagai Ahli Sunah Wal Jamaah," katanya.
Ahmad Zahid berkata larangan itu akan berkuatkuasa sehingga Ulil didapati tidak membahayakan.
Ulil dijadualkan datang ke negara ini untuk menghadiri satu diskusi yang akan dianjurkan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini.
Bernama
Sun Oct 12 2014
ZAHID: Malaysia tidak akan izinkan bekas-bekas banduan daripada pengikut Abu Bakar Bashir ini masuk ke Malaysia ataupun menggunakan Malaysia sebagai tapak untuk mereka . - Gambar Fail
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini
Guru agama ekstrem dari Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang didakwa bersalah mendalangi serangan bom di Bali dibebaskan hari ini.
Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini
Pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah yang juga perancang pengebom di Bali pada 2002 hanya menjalani separuh daripada hukuman penjara ke atasnya.
PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia jika ulama radikal Indonesia itu dibebaskan oleh kerajaan Indonesia.
Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir
Indonesia mengkaji keputusan presiden untuk membebaskan ulama radikal Abu Bakar Bashir berikutan kritikan domestik dan antarabangsa.
Abu Bakar Bashir dijangka dibebaskan
Guru agama radikal Abu Bakar Bashir, 80, dijangka dibebaskan dengan pelepasan parol iaitu pembebasan bersyarat dalam masa beberapa hari lagi.
Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM
Lebih 300 pengikut bekas pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Abu Bakar Bashir, yang sebelum ini dihukum kerana terlibat dengan kegiatan keganasan, akan dibebaskan daripada penjara sekitar Indonesia.
PDRM diarah halang pengikut Abu Bakar Bashir masuki Malaysia - Ahmad Zahid
PDRM telah diarah menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.