Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa memberi jaminan bahawa situasi keselamatan negara adalah kekal terkawal dan selamat pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan aman dan tenteram.
"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi yang melampau sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata proses penamaan calon pada 28 April lepas berjalan dengan lancar walaupun terkesan dengan beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik.
"Dalam tempoh kempen, keadaan keselamatan tetap terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Sehubungan itu, PDRM yakin proses pengundian akan berjalan dengan lancar dan rakyat akan menerima apa juga keputusannya kelak dengan penuh kematangan dan hati yang terbuka," katanya sambil menambah ini kerana ia merupakan keputusan yang dibuat oleh mereka sendiri dalam menentukan masa depan negara.
Mohamad Fuzi juga meminta rakyat Malaysia beramai-ramai menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
"Mereka tidak perlu khuatir dan gusar akan keselamatan diri kerana PDRM akan memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata PDRM mendapati penyebaran berita palsu semakin memuncak menjelang hari pengundian.
"Selain mengandungi berita palsu yang berbaur fitnah dan hasutan, terkesan juga berita membentuk persepsi akan berlakunya kacau bilau dan ketidaktenteraman awam jika pihak tertentu menang dalam pilihan raya nanti," katanya.
Justeru, beliau meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut.
Ini ekoran terdapatnya spekulasi yang cuba dibentuk pihak tertentu bahawa akan berlaku kacau-bilau yang mampu mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 08 2018
Menurut Mohamed Fuzi, penyebaran berita palsu semakin memuncak menjelang hari pengundian. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pulau Pinang cadang kawal selia rumah sewa jangka pendek, inap desa
Meskipun telah mengumumkan untuk tidak membenarkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia aktiviti tersebut.
Bazar Aidilfitri Lorong TAR beroperasi seperti biasa - Datuk Bandar
Kawalan SOP di tapak bazar berkenaan akan dilonggarkan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.
Arab Saudi tingkatkan kawalan keselamatan di kota Mekah menjelang ibadah haji
Pusat pemeriksaan dikawal rapi di luar bandar bagi memastikan jemaah haji dengan permit yang disahkan sahaja dibenarkan masuk.
Korban COVID-19 di Thailand catat rekod tertinggi tiga hari berturut-turut
Thailand melaporkan 61 lagi kematian akibat COVID-19, tertinggi untuk tiga hari berturut-turut menjadikan angka korban seramai 2,141 sejak pandemik menular Januari tahun lalu.
11 kluster aktif COVID-19: Singapura ketatkan kawalan, makan di restoran dilarang
Bermula Ahad ini, makan di dalam premis tidak dibenarkan, manakala had berhimpun dikurangkan kepada dua orang.
Banyak lorong tikus: SJR Johor ditambah
Antara laluan tikus yang banyak dikesan adalah di sempadan daerah Segamat, khususnya di kawasan ladang kelapa sawit.
Thailand pertingkat kawalan di sempadan Malaysia menjelang Aidilfitri
Pasukan keselamatan akan mempergiatkan rondaan di laluan-laluan tikus dan lokasi panas.
Polis KL, Selangor perketat SJR elak rentas negeri tanpa kebenaran
Polis Kuala Lumpur dan Selangor hari ini memperketat kawalan sekatan jalan raya (SJR) di setiap plaza tol berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Perhebat keselamatan di Sabah dengan aset, teknologi baharu
Pencerobohan anasir luar merupakan masalah yang besar di Sabah, justeru keselamatan dalam negara perlu diperhebat dengan meningkatkan kawalan sempadan dan perairan.
AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah PDRM - Hamzah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua anggota yang diserapkan di bawah agensi ini akan menjadi tanggungjawab PDRM.