PDRM, JBPM kerjasama tumpaskan sindiket pecah rumah di Shah Alam

Afiezy Azaman
November 12, 2023 03:00 MYT
Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah flat di Shah Alam, pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah flat di Shah Alam, pada Sabtu.
Kejadian itu turut tular di media sosial dalam video berdurasi 2 minit 10 saat yang memaparkan tangkapan ke atas kelima-lima suspek oleh pihak polis yang dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kesemua suspek yang berusia lingkungan 24 hingga 37 tahun itu ditahan pada 12.03 tengah malam.
"Semasa serbuan dibuat, suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung Flat tersebut namun kesemua mereka berjaya di tangkap dengan bantuan pasukan JBPM Shah Alam.
"Polis turut merampas pelbagai jenis barangan hasil dari pecah rumah, peralatan pecah rumah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini dengan terdapat tiga kes pecah rumah dikaitkan di sekitar Shah Alam.
"Kesemua tangkapan telah direman selama lima hari bermula Sabtu.
"️Kes disiasat di bawah seksyen 457 kanun keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat," ujarnya.

Kes pecah rumah di flat seksyen 20 shah alam. Blok 19 pic.twitter.com/oKTwGEeqWB

— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) November 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#sindiket pecah rumah #flat Shah Alam #pencuri #wanita warga thailand