awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM keluar 5,113 permit jual bunga api, mercun sempena Aidilfitri - KPN

Bernama
Bernama
24/03/2025
07:00 MYT
PDRM keluar 5,113 permit jual bunga api, mercun sempena Aidilfitri - KPN
PDRM memberi amaran tindakan pembatalan permit akan dikenakan kepada mereka yang melanggar syarat permit, selain turut boleh dikenakan tindakan tegas seperti tangkapan dan rampasan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 5,113 permit untuk penjualan bunga api dan mercun bagi tempoh 1 hingga 11 Mac, sempena perayaan Aidilfitri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sepanjang tempoh itu 7,223 permohonan permit diterima dengan 264 daripadanya tidak diluluskan manakala 1,846 lagi masih dalam proses.
"Bagi tempoh sama 31 tangkapan dan rampasan bunga api serta mercun dilakukan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Beliau seterusnya memberi amaran tindakan pembatalan permit akan dikenakan kepada mereka yang melanggar syarat permit, selain turut boleh dikenakan tindakan tegas seperti tangkapan dan rampasan.
Razarudin berkata tangkapan dan rampasan boleh dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#KPN
#bunga api
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan