GADGETS
PDRM kemas kini laman SemakMule, mudahkan semakan akaun penipu
Laman SemakMule oleh PDRM kini tampil dengan rekaan baharu yang lebih mesra pengguna, terutama golongan berusia, untuk menyemak nombor telefon, akaun bank atau nama syarikat yang terlibat dalam penipuan.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia sedia menawarkan laman SemakMule sejak beberapa tahun yang lepas, dalam usaha memudahkan para pengguna menyemak akaun penipu atau sesiapa, dan mengenal pasti sama ada terdapat sebarang laporan ke atas nombor berkenaan atau sebaliknya.
Ringkasan AI
Kini, selepas beroperasi sekian lama, laman SemakMule diberikan nafas baharu.
Melalui rekaan baharu ini, ia memaparkan paparan dengan lebih besar, dan akan memudahkan pengguna berusia dalam menggunakannya.
Seperti sebelum ini, pengguna boleh lakukan carian berasaskan kepada nombor telefon, nombor akaun bank atau nama syarikat.
Sebaik sahaja carian dilakukan, ia akan memaparkan sama ada terdapat sebarang laporan ke atas akaun berkenaan atau sebaliknya.
Tidak setakat itu, kini laman SemakMule turut memaparkan senarai 10 nombor akaun bank dan nombor telefon dengan angka laporan tertinggi untuk tempoh sebulan.
Mengikut laman SemakMule, terdapat lebih 221,318 nombor telefon penipu telah direkodkan, selain 279,992 nombor akaun bank penipu yang telah direkodkan.
Pihak PDRM juga turut mempromosikan aplikasi Whoscall melalui laman SemakMule, dalam usaha memudahkan pengguna mengenal-pasti penipu.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman SemakMule hari ini, dan menggunakannya dalam mengenal-pasti penipu atau scammer. -Amanz
Ringkasan AI
- Laman SemakMule oleh PDRM kini tampil dengan rekaan baharu yang lebih mesra pengguna, terutama golongan berusia, untuk menyemak nombor telefon, akaun bank atau nama syarikat yang terlibat dalam penipuan.
- Ia turut memaparkan senarai 10 nombor akaun bank dan nombor telefon dengan laporan penipuan tertinggi setiap bulan, dengan lebih 500,000 rekod penipuan telah direkodkan setakat ini.
- PDRM juga mempromosikan aplikasi Whoscall melalui SemakMule bagi membantu pengguna mengenal pasti penipu dengan lebih mudah.