KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan elemen penipuan yang menggunakan modus operandi menghantar mesej waran tangkap palsu kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata waran itu didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya bertajuk 'Unit Khas Pasukan B-19 JSJK.'
Beliau berkata waran itu kononnya dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera bagi menahan pesalah dan kesalahan yang dinamakan dalam tempoh 24 jam.
"Isi kandungan waran tangkap itu juga menyatakan Mahkamah Tinggi memberi kuasa kepada PDRM untuk melaksanakan arahan tersebut dan pesalah yang ditahan tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam.
"Selain itu, aset yang didaftarkan atas nama pesalah juga akan dibekukan dan disita serta tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara setelah tindakan diambil," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Rohaimi berkata pihaknya tidak pernah menerima waran itu dan ia merupakan antara elemen penipuan.
Beliau berkata justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengikuti arahan yang diterima melalui mesej itu atau individu tidak dikenali.
"Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihat untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada penerimaan sebarang dokumen yang tidak dipastikan kesahihannya.
"Lakukan semakan dengan agensi berkaitan sebelum mengambil keputusan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau pengesahan berkaitan kewujudan modus operandi baharu penipuan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau CCID infoline di talian 013-2111 222.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Rohaimi berkata waran itu didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya bertajuk 'Unit Khas Pasukan B-19 JSJK.' - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
WhatsApp perkenal ciri Chat Filters yang menunjukkan mesej belum dibaca
Aplikasi WhatsApp kini mempunyai tab untuk kesemua mesej, mesej yang belum dibaca dan mesej dari kumpulan yang disertai oleh pengguna.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
WhatsApp kelak boleh tutup prebiu URL yang dikongsi
Ciri ini tersedia pada bahagian Lindungi Alamat IP ketika panggilan iaitu di Tetapan (Settings).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
Aidilfitri: AADK adakan sesi lawatan khas bermula 14 April
AADK akan mengadakan sesi lawatan khas keluarga atau penjaga klien yang sedang mengikuti RPDI di 30 PUSPEN di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.
Tiada sebut wang RM2 juta untuk Lim Guan Eng - Saksi
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan
Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
WhatsApp kini membolehkan pengguna pin sehingga tiga mesej pada tetingkap sembang
WHATSAPP kini memperkenalkan kemas kini kepada semua secara berperingkat, sekali gus membolehkan pengguna pin sehingga tiga mesej pada tetingkap sembang.
WhatsApp uji ciri mesej suara ke transkrip untuk Android pula
Ciri ini masih dalam pembangunan dan ia mungkin akan tiba dalam masa terdekat.