MALAYSIA
PDRM, KPM dan JPNS perkasa kerjasama tangani kes buli di sekolah
Mohd Zaini berkata, kerjasama antara agensi kerajaan dan NGO dalam mengekang buli dan salah laku di sekolah adalah perlu bagi membina jati diri pelajar serta mampu menjamin masa depan yang lebih terjamin.
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperkukuh usaha membanteras aktiviti buli serta salah laku melibatkan pelajar sekolah.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, beberapa langkah akan dilaksanakan susulan beberapa insiden buli yang berulang di sekolah sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.
PDRM, kata beliau, akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta NGO, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) dan Kementerian Kesihatan.
"Semua rakan strategik ini akan bekerjasama dalam melaksanakan inisiatif yang dirancang dan mekanismenya akan ditentukan kemudian, selain berpandukan 16 strategi reformasi yang dirangka jabatan pendidikan negeri Selangor,” kata beliau sidang media selepas menghadiri program perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam, Bukit Jelutong, di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, berdasarkan data dikeluarkan PDRM, sebanyak 41 kertas siasatan telah dibuka membabitkan pelajar sekolah dengan sembilan kes melibatkan buli, manakala 32 lagi membabitkan salah laku pelajar.
Menurut Mohd Zaini, antara langkah yang akan diperhebat termasuk rondaan berkala oleh Unit MPV dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di sekolah, selain pemeriksaan mengejut di institusi pendidikan yang dikenal pasti berisiko.
Dalam masa sama, penggunaan aplikasi Volunteer Smart Phone (VSP) juga, jelasnya, akan diperluas bagi memudahkan orang ramai khususnya pelajar sekolah dalam menyalurkan maklumat atau laporan jenayah secara terus kepada pihak berkuasa.
Mohd Zaini menegaskan, semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat perlu berganding bahu dalam membina jati diri pelajar serta menjamin masa depan yang lebih selamat dan bermaruah.
“Memperkasa keselamatan dan mencegah jenayah di sekolah adalah tanggungjawab bersama,” ujar beliau
Ringkasan AI
- PDRM, KPM dan JPNS akan memperkukuh usaha membanteras kes buli serta salah laku pelajar sekolah.
- Antara langkah diambil termasuk rondaan berkala, pemeriksaan mengejut dan perluasan penggunaan aplikasi Volunteer Smart Phone (VSP).
- Semua pihak termasuk guru dan ibu bapa diseru berganding bahu membentuk jati diri pelajar dan menjamin keselamatan di sekolah.