awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan

Bernama
Bernama
23/12/2024
10:45 MYT
PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Mohd Yusri berkata Op Lancar bertujuan mengurangkan kesesakan menerusi tindakan penyuraian di laluan utama selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Pengarah JSPT Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata langkah tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan menerusi tindakan penyuraian di laluan utama selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
"JSPT mengambil maklum pertambahan aliran kenderaan dan kesesakan di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) termasuk lain-lain konsesi lebuh raya serta jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri.
"PLUS dalam kenyataan pada 17 Dis menjangkakan sebanyak 2.12 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya dalam sehari, susulan pemberian tol percuma untuk semua kenderaan ringan bermula hari ini hingga esok selain kesempatan cuti persekolahan hingga penghujung 2024," katanya.
Justeru, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas seperti memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta mematuhi peraturan lampu isyarat merah.
Mohd Yusri turut menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan perjalanan bersama keluarga.
"Pastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik. Bagi majikan dan pemandu kenderaan perdagangan digalakkan merancang pergerakan dengan keutamaan menggunakan jalan persekutuan dan jalan negeri untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama di seluruh negara.
"Pengguna jalan raya juga hendaklah kekal berdisiplin serta sentiasa berhemah dan pihak polis menghargai kerjasama yang diberikan pengguna jalan raya. Untuk penyaluran maklumat berkaitan kesesakan lalu lintas. orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan di peringkat daerah dan kontinjen," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Lancar
#polis trafik
#sempena musim perayaan
#cuti akhir tahun persekolahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan