MALAYSIA
PDRM manfaat teknologi AI tangani ancaman pengganas - Ayob Khan
Ayob Khan bercakap semasa menghadiri taklimat mengenai pelancaran buku "The Man Behind Malaysia's E8 Counterterrorism Unit" di sebuah hotel, pada malam Isnin. - Gambar Bernama
KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah ke fasa baharu dalam usaha memerangi keganasan, dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh siasatan, pemulihan dan pemantauan aktiviti ekstremisme di ruang siber.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan AI dilihat sebagai langkah strategik dalam menghadapi ancaman pengganas yang kini semakin beralih ke platform dalam talian.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM telah melangkah ke fasa baharu untuk mengeksploitasi AI dalam menangani isu pengganasan.
"Banyak lagi jabatan dalam PDRM akan beralih kepada penggunaan AI untuk membantu siasatan, pemulihan dan pemantauan di alam maya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan tertutup mengenai penerbitan buku khas berhubung pencegahan keganasan, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendekatan proaktif pasukan keselamatan dalam mengekang penyebaran ideologi ekstrem di era baharu.
Ayob Khan berkata, langkah itu penting, kerana kebanyakan aktiviti perekrutan dan penyebaran fahaman ekstremisme kini tidak lagi berlaku secara fizikal, sebaliknya menggunakan media sosial serta platform digital.
"Kita sudah mengambil langkah awal memanfaatkan AI demi kepentingan negara dalam konteks siasatan, mengesan elemen pengganas dan memintas ideologi yang kini tersebar melalui media sosial," katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, kerjasama dan perkongsian maklumat risikan antarabangsa amat penting, bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
"Dalam menangani keganasan, kita tidak boleh bekerja secara bersendirian. Jika Malaysia enggan berkongsi risikan, kita akan kehilangan gambaran aktiviti dari luar, termasuk elemen Al-Qaeda atau pengganas asing yang memasuki negara.
"Ini bukan sekadar isu Malaysia atau serantau, ia isu global. Dengan kerjasama dan perkongsian maklumat, kita dapat menangani ancaman ini dengan berkesan," katanya.
-- BERNAMA