Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan minat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan kerjasama dengan Jabatan Polis Bandar Raya New York (NYPD) dalam soal seperti pertukaran maklumat dan latihan.
Ini dinyatakan beliau kepada pihak NYPD ketika berkunjung ke jabatan polis berkenaan di sini pada Khamis.
"Kita bincang untuk mengadakan memorandum kerjasama antara NYPD dan mungkin ibu pejabat polis kita di Kuala Lumpur.
"Ini kerana ada baiknya kita bertukar-tukar maklumat selain mewujudkan kerjasama dalam bidang latihan, kapasiti bangunan dan lain-lain," kata Muhyiddin kepada Bernama.
Muhyiddin kini berada di New York bagi meneruskan lawatan kerja beliau ke Amerika Syarikat bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama dalam bidang keselamatan antara kedua-dua negara. Lawatan itu bermula Ahad lepas (15 Sept) di Washington DC.
NYPD adalah jabatan polis bandar raya terbesar dan tertua di Amerika Syarikat dengan mempunyai kira-kira 36,000 pegawai dan 19,000 kakitangan awam.
Ia ditubuhkan pada 1845, dan hari ini bertanggungjawab untuk keselamatan 8.5 juta orang di bandar raya dengan melakukan pelbagai penjagaan keselamatan bagi orang awam, penguatkuasaan undang-undang, pengurusan trafik, mengawal pengganas dan peranan bagi langkah kecemasan.
"Sebagai sebuah kawasan kota metropolitan, nampak pihak NYPD menggunakan tenaga manusia yang agak ramai... serta sistem dan teknologi terkini.
"Sedikit sebanyak pengalaman yang mereka ada dapat kita manfaatkan," kata Muhyiddin berhubung jalinan kerjasama yang dicadangkan itu.
Beliau dan rombongan turut mengadakan lawatan ke 'El Dorado Financial Crimes Task Force' yang bertanggungjawab menangani, antara lain, isu pengubahan wang haram.
"Kami diberi taklimat agak panjang tentang bagaimana mereka tangani masalah ini, isu-isu berkaitan dengannya, pencapaian mereka serta halangan tertentu yang dihadapi," katanya.
Menurutnya, Malaysia bersedia bekerjasama dengan mereka dalam usaha menangani masalah itu.
Muhyiddin juga mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Duta Amerika Syarikat bagi pemerdagangan orang, John Cotton Richmond pada Rabu, hari terakhir lawatan empat hari beliau ke Washington DC sebelum ke New York.
Menteri berkenaan berkata, beliau telah mendapatkan pandangan Richmond mengenai bagaimana Malaysia perlu mengambil langkah berkesan berhubung isu pemerdagangan orang.
Menurut Muhyiddin, ini penting agar prestasi Malaysia dalam mengendalikan perkara itu dapat diperbaiki lagi. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
PDRM berhasrat adakan kerjasama dengan NYPD dalam soal seperti pertukaran maklumat dan latihan, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar fail Astro AWANI.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.