awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM nafi pemangku Ketua Polis Selangor terlibat skim penipuan peraduan

Bernama
Bernama
26/01/2023
09:37 MYT
PDRM nafi pemangku Ketua Polis Selangor terlibat skim penipuan peraduan
Penafian penglibatan dan penggunaan jawatan Pemangku Ketua Polis Selangor dalam satu hantaran e-mel dalam skim penipuan peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM270,000 telah dilakukan PDRM. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan penglibatan dan penggunaan jawatan Pemangku Ketua Polis Selangor dalam satu hantaran e-mel dalam skim penipuan peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM270,000.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata ia susulan pihaknya telah mengesan penularan hantaran yang mendakwa pihak polis bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan peraduan menggunakan nama Telekom Malaysia serta Maybank Berhad.
"Ekoran itu, polis menegaskan bahawa kandungan yang tular tersebut adalah satu bentuk penipuan dengan menyamar dan menggunakan nama (saya) bagi memperdaya orang ramai agar mempercayai (kewujudan) skim tersebut.
"Siasatan akan dijalankan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Pemangku Ketua Polis Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sasikala Devi turut menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah mempercayai sebarang taktik penipuan masa kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Pemangku Ketua Polis Selangor
#e-mel dalam skim penipuan peraduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan