awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM pantau individu ingkar pakai pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2020
12:34 MYT
PDRM pantau individu ingkar pakai pelitup muka
Mazlan sesuatu tindakan undang undang dikenakan adalah subjektif, bergantung kepada budi bicara anggota di lapangan. - Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau pergerakan orang ramai di tempat-tempat awam bagi memastikan mereka memakai pelitup muka.
Jika ingkar, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan kompaun serta-merta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, tindakan undang-undang yang dikenakan juga adalah subjektif, bergantung kepada budi bicara anggota di lapangan.
Namun, katanya jika dilihat individu terbabit sengaja ingkar prosedur operasi standard (SOP), polis akan laksanakan tindakan kompaun tanpa kompromi.
“Asasnya, dua situasi iaitu berada di tempat awam dan menaiki pengangkutan awam. Bagi tempat-tempat lain, bergantung pada budi bicara anggota di lapangan.
“Saya tidak boleh ulas satu-satu, kena lihat juga situasi, sama ada ia boleh menjadi punca penularan. Jadi saya nasihatkan pakailah pelitup muka seperti yang diarahkan,” katanya kepada pemberita.
BACA: Di mana kita wajib pakai pelitup muka?
BACA: Pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan sesak dan kenderaan awam - Ismail Sabri
Dalam pada itu, premis pusat hiburan dan aktiviti hiburan adalah kekal tidak boleh beroperasi.
Terdahulu, kerajaan telah menetapkan pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum bermula 1 Ogos lalu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID-19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Mazlan Mansor
#PDRM
#pelitup muka
#polis
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan