JELI: Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status 'Tan Sri', 'Datuk Seri' dan 'Datuk', kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata Jabatan Narkotik di Bukit Aman kini dalam proses untuk mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati hidup mewah dengan berselindung di sebalik perniagaan yang sah menyebabkan polis sukar untuk mendapatkan maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan pengedaran dadah.
"Tetapi saya akan pastikan mereka ini akan masuk (penjara), walaupun saya tahu statusnya tinggi bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri... saya akan berusaha bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ini akan terungkai dan mereka akan didakwa.
"Paling tidak pun saya akan ambil tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959)," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Abdul Hamid berkata telah tiba masanya kegiatan golongan itu didedahkan dan mereka dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang merosakkan ribuan masyarakat akibat terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.
"Beribu masyarakat rosak disebabkan perbuatan mereka hendak mendapatkan keuntungan secara haram ini dan sudah berapa ramai yang masuk penjara, berapa ramai warga polis terhukum disebabkan menerima rasuah untuk beri perlindungan menutup kegiatan tauke-tauke dadah ini.
"Jangan ingat mereka boleh berselindung di sebalik title yang mereka ada itu untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang kononnya sah tetapi sebaliknya melakukan kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah," katanya.
Abdul Hamid turut memberi jaminan polis di setiap peringkat daerah dan negeri akan menjalankan siasatan secara telus dan terperinci berhubung sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah itu bagi memastikan setiap rangkaian sindiket dari atas hingga ke bawah ditumpaskan.
Mengulas laporan berhubung kejadian seorang pegawai dan lima anggota polis ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh, Perak, semalam, Abdul Hamid berkata: "Saya ingatkan kepada warga PDRM bahawa tiada maaf lagi untuk kesalahan sebegini kerana perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab.
"Saya sudah arahkan siasatan lanjut dilakukan supaya mereka tidak terlepas dan akan pastikan mereka dihukum."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
Abdul Hamid bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed melihat pelan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli hari ini. - Foto BERNAMA
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Kertas siasatan pensyarah didakwa hina Nabi dirujuk ke AGC Selasa ini - KPN
Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi etika berceramah baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.
Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterangan - KPN
Seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini sudah direkodkan keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Isnin.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
GISB: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat - KPN
Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 lagi individu dikaitkan dengan GISBH yang ditahan mengikut SOSMA.
Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN
Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, yang dijadual tamat esok.
Op Global: 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISB dibeku - KPN
Sebanyak 206 akaun berkait Global Ikhwan Services and Business (GISB) yang melibatkan nilai lebih RM1.35 juta dibekukan, setakat ini.
Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN
Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.