MALAYSIA
PDRM perkukuh forensik digital, laporan kebocoran data naik 1,100%
Mohd Khalid menegaskan usaha membanteras jenayah siber tidak boleh diletakkan di bahu polis semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh seluruh kerajaan dan masyarakat. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memperkukuh keupayaan forensik digital, mempertingkat koordinasi risikan serta memperluas kerjasama antara agensi dalam dan luar negara bagi mendepani ancaman jenayah siber yang semakin meruncing.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mendedahkan Malaysia mengalami kerugian lebih RM1.22 bilion akibat pelbagai kes penipuan kewangan, penipuan dalam talian, manipulasi identiti dan kebocoran data haram dari Januari hingga Oktober tahun lalu.
Kata beliau, angka itu memberi gambaran jelas mengenai tahap serius ancaman keselamatan digital negara ketika ini.
"CyberSecurity Malaysia (CSM) merekodkan lebih 5,900 insiden jenayah siber pada 2023, termasuk 3,705 kes penipuan. Malah, laporan kebocoran data meningkat mendadak 1,100 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Statistik ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara, malah turut menghakis kepercayaan masyarakat terhadap ekosistem digital,” katanya ketika berucap merasmikan Dialog Khas PDRM 2025, di sini, pada Selasa.
Mohd Khalid menegaskan usaha membanteras jenayah siber tidak boleh diletakkan di bahu polis semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh seluruh kerajaan dan masyarakat.
"Dialog ini bukan sekadar perbincangan, tetapi medan mencorakkan hala tuju keselamatan awam digital pada masa hadapan," katanya.
Dialog khas itu menghimpunkan lebih 550 peserta merangkumi wakil agensi kerajaan, badan penguatkuasaan, institusi pengajian tinggi, sektor teknologi dan pertubuhan masyarakat sivil.
Antara agenda utama termasuk dialog menteri mengenai rangka kerja pertahanan digital negara, forum pakar berkaitan undang-undang, teknologi dan penguatkuasaan serta perbincangan meja bulat mengenai ancaman rentas sempadan.
Ringkasan AI
- PDRM komited perkukuh forensik digital dan risikan siber, susulan kerugian lebih RM1.22 bilion akibat penipuan dan kebocoran data dari Januari hingga Oktober 2024.
- CSM rekodkan lebih 5,900 insiden jenayah siber pada 2023, termasuk lonjakan 1,100% dalam laporan kebocoran data - ancaman yang jejaskan ekonomi dan kepercayaan awam.
- Dialog Khas PDRM 2025 himpunkan 550 peserta pelbagai sektor, sebagai medan strategik bentuk hala tuju keselamatan digital negara secara menyeluruh.