awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi tangani isu media sosial - KPN

Bernama
Bernama
02/07/2025
15:15 MYT
PDRM perkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi tangani isu media sosial - KPN
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Komunikasi, terutamanya dalam menangani isu berkaitan penyebaran maklumat palsu dan menyalahi undang-undang di media sosial, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata pertemuannya bersama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini, membincangkan usaha menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.
"Saya percaya ini keutamaan PDRM, bagi memastikan keselamatan negara dan rakyat sentiasa terpelihara, bukan sahaja pada masa ini tetapi juga pada masa-masa akan datang.
"Menteri Komunikasi turut berharap agar kerjasama erat antara PDRM dan kementerian dapat digembelengkan sepenuhnya, terutama dalam menangani isu-isu yang melibatkan media sosial," katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu, di sini hari ini.
Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 pada 20 Jun, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#kementerian komunikasi
#kerjasama
#isu media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan