awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM perlu aset baharu sesuai dengan sistem kepolisan moden - Khalid

Bernama
Bernama
04/05/2017
23:28 MYT
PDRM perlu aset baharu sesuai dengan sistem kepolisan moden - Khalid
Aset-aset yang telah cukup jangka hayat perlu ditukar dengan yang baharu sesuai dengan teknologi semasa, kata Khalid. - Foto Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan aset-aset baharu sesuai dengan keperluan kepolisan moden khasnya yang melibatkan aset seperti penggunaan dron dan Sistem Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT) yang terkini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan namun aset-aset yang telah cukup jangka hayat perlu ditukar dengan yang baharu sesuai dengan teknologi semasa.
"Aset-aset ini akan sampai jangka hayat dia, kita kena ganti, lupuskannya dapat aset-aset baharu ikut keperluan masa kinilah... seperti dron yang kita perlukan sekarang dalam pengawasan moden , kita perlukan CCTV (kamera litar tertutup) yang baik...juga sistem yang baik... sistem imbasan muka, pengimbas nombor kenderaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan persidangan pegawai-pegawai aset PDRM di sini pada Khamis.
Dalam pada itu katanya anggota PDRM disarankan untuk memastikan segala aset yang sedia ada dijaga dengan lebih baik dan kekal berfungsi untuk membolehkan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.
Terdahulu, dalam ucapannya Khalid berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion kepada PDRM untuk perolehan aset baharu dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
Daripada jumlah itu sebanyak RM766 juta diperuntuk bagi perolehan Aset Alih dan Aset Ketara seperti perolehan empat helikopter, peralatan komunikasi dan pembangunan beberapa sistem Sistem Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT), bot marin, senjata generasi baharu dan lain-lain lagi.
Beliau berkata untuk perolehan Aset Fizikal sebanyak tujuh projek bernilai RM832 telah diluluskan seperti pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Lawas Sarawak, IPD Jeli Kelantan, Kompleks Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 di Sibu, Balai Polis Matang Jaya dan Balai Polis Sepauh di Sarawak.
"Selain daripada peruntukan kerajaan, PDRM turut memperoleh aset-aset hasil sumbangan daripada syarikat korporat, NGO (badan bukan kerajaan) dan pihak-pihak tertentu. Antara aset yang disumbangkan adalah kenderaan, perabot dan senjata api, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan