MALAYSIA
PDRM perlu bertindak proaktif hadapi Monsun Timur Laut - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak secara proaktif dan efektif dalam menghadapi cabaran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak secara proaktif dan efektif dalam menghadapi cabaran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan hingga Mac, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata ini berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara bakal mengalami antara lima hingga tujuh episod hujan lebat sepanjang tempoh berkenaan, terutamanya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
"Laksanakan pemantauan dan koordinasi secara berterusan bagi memastikan penyaluran bantuan kepada masyarakat yang terjejas dapat dilakukan dengan pantas dan menyeluruh.
"Saya menyeru agar setiap kontinjen dan formasi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum. Ini termasuklah kekuatan sumber manusia dan aset yang mencukupi pada bila-bila masa," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) di Bukit Aman, di sini hari ini.
Mohd Khalid berkata seluruh warga PDRM diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri ketika menjalankan tugas dan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian tidak diingini.
Beliau juga mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada warga PDRM atas kejayaan penugasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berjalan lancar, aman dan teratur.
Menyentuh mengenai peranan JPJKK, Mohd Khalid berkata Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah berjaya melakukan lebih 19,000 tangkapan melibatkan pelbagai kes jenayah, termasuk narkotik dan imigresen bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
"Pencapaian ini amat membanggakan dan mencerminkan komitmen tinggi petugas JPJKK dalam menjaga keselamatan awam," katanya.
Bagi memperkasakan operasi jabatan berkenaan, beliau berkata JPJKK telah memperoleh pelbagai aset logistik dan teknologi terkini, termasuk lebih 1,600 MPV untuk tindakan respons lebih pantas dan lebih 1,100 unit electroshock gun yang akan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan dan melindungi keselamatan petugas.
Mohd Khalid berkata jabatan itu turut menerima 7,000 unit Mobile Card Acceptance Device (MCAD) untuk semakan data masa nyata dengan agensi utama dan lebih 7,000 unit kamera badan bagi meningkatkan akauntabiliti dan kepercayaan awam.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak proaktif menghadapi cabaran Monsun Timur Laut (MTL) hingga Mac ini, berikutan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan negara terutama di utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
- Polis perlu laksanakan pemantauan dan koordinasi berterusan untuk memastikan bantuan kepada masyarakat terjejas disalurkan dengan cepat, serta mengekalkan tahap kesiapsiagaan optimum sumber manusia dan aset.
- Penghargaan diberikan kepada warga PDRM atas kejayaan penugasan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang lancar. Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal JPJKK telah berjaya membuat lebih 19,000 tangkapan kes jenayah dari Januari hingga Oktober tahun ini, menunjukkan komitmen tinggi petugas dalam menjaga keselamatan awam.