Skip to main content

Malaysia

PDRM perlu manfaatkan pendigitalan, AI pastikan penyampaian perkhidmatan cekap dan berkesan

KUALA LUMPUR, 11 Jun -- Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bercakap pada sidang media pada Program Lawatan Hospital sempena Hari Polis ke 219 di Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital, UKM hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ayob Khan berkata budaya inovasi merupakan pemacu utama dalam transformasi PDRM ke arah sebuah organisasi yang moden, profesional dan berdaya tahan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memanfaatkan pendigitalan, analitik data dan kecerdasan buatan (AI) dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan selari dengan perkembangan semasa. 

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ia susulan dunia kepolisan kini berdepan ancaman yang semakin kompleks, membabitkan jenayah siber, penipuan dalam talian, manipulasi AI, teknologi deepfake serta pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan.

“Kepolisan Pintar yang dibangunkan ini bukan sekadar penggunaan teknologi moden, tetapi merangkumi budaya membuat keputusan berasaskan data, penyampaian perkhidmatan secara digital serta pengurusan operasi yang lebih responsif, tepat dan berintegriti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM 2026 di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, di sini hari ini. 

Ayob Khan berkata budaya inovasi merupakan pemacu utama dalam transformasi PDRM ke arah sebuah organisasi yang moden, profesional dan berdaya tahan, sekali gus menyeru warga PDRM untuk terus mencetuskan idea baharu selain memanfaatkan pendigitalan dan AI secara beretika. 

“Pembudayaan inovasi ini bukan sekadar memenuhi tuntutan dasar kerajaan, sebaliknya merupakan perubahan minda dan budaya kerja yang perlu diterapkan oleh warga PDRM.

“Jadikan inovasi sebahagian daripada amalan harian dan bukannya hanya digerakkan ketika pertandingan atau projek tertentu,” katanya. 

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement