awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

PDRM perlu pertahan profesionalisme, jangan abai kebajikan anggota - Anwar

Bernama
Bernama
01/07/2025
00:45 MYT
PDRM perlu pertahan profesionalisme, jangan abai kebajikan anggota - Anwar
Anwar menerima kunjungan hormat Mohd Khalid, Ketua Polis Negara yang baharu, dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. - Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya mengangkat darjat sebagai badan keselamatan yang profesional, berintegriti dan dipercayai setiap pihak tanpa mengabaikan kebajikan pegawai, anggota serta veteran mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menitipkan pesanan itu semasa menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Putrajaya pada Isnin.
"Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah soal memodenkan pasukan PDRM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dengan kecanggihan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan," katanya menerusi catatan di Facebook.
Anwar berkata PDRM yang juga institusi penting kepada rakyat dan negara memerlukan iltizam serta komitmen tinggi bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus dipertahankan.
"Selamat maju jaya kepada Datuk Seri Mohd Khalid, semoga dapat mengangkat aspirasi, imej serta reputasi PDRM ke peringkat tertinggi," katanya.
Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun mulai 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2027.
Beliau yang sebelum ini Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PDRM
#Mohd Khalid Ismail
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami