PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia ke negara ini kepada Polis Diraja Thailand (RTP).
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemuanya yang berusia lingkungan 30-an dan berada dalam senarai dikehendaki RTP, ditahan pada 29 Okt lepas bersama dua lelaki warga Indonesia selepas PDRM menerima maklumat daripada RTP.
"Dua lelaki Indonesia itu dipercayai tidak terlibat secara langsung dalam sindiket itu tetapi hanya bekerja dengan mereka di negara ini. Selain kelima-lima mereka, buat masa ini kita percaya tiada suspek lain terlibat.
"Susulan serbuan yang dilakukan, empat wanita (dua warga Thailand dan dua Indonesia) berjaya diselamatkan dan ditempatkan di pusat perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara (IPO)," katanya pada sidang media di balai pelepasan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Pangkalan Semenanjung, Subang di sini hari ini.
Acryl Sani berkata tiga wanita berkenaan dihantar pulang mengikut Akta Imigresen 1959/63 memandangkan pasport mereka telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Thailand.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thailand Jeneral Surachate Hakparn yang turut hadir pada sidang media berkenaan berterima kasih kepada PDRM atas kerjasama melumpuhkan jenayah rentas sempadan terutama sindiket pemerdagangan manusia.
"Hubungan rapat antara kami (PDRM dan RTP) membawa kepada kejayaan ini. Kami akan terus bekerjasama bagi membendung jenayah rentas sempadan," katanya.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022
Kesemuanya yang berusia lingkungan 30-an dan berada dalam senarai dikehendaki RTP, ditahan pada 29 Okt lepas. - Gambar hiasan
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Keadaan Faisal kritikal, tangan kiri sukar bergerak
KEADAAN pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan kritikal susulan kesan asid yang disimbah kepadanya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.