awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara

Bernama
Bernama
13/05/2025
04:30 MYT
PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara
Pergerakan Pamela (foto) untuk ke luar negara telah disekat oleh SPRM semasa mereka menjalankan siasatan ke atasnya. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara.

Ringkasan AI
  • Polis sedang menyiasat kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara, namun pergerakannya telah disekat oleh SPRM.
  • Setakat ini, 27 saksi telah dirakam percakapan, dan pihak Interpol sedang mengatur rakaman percakapan anak-anak Pamela serta saksi lain.
  • Pamela dilaporkan hilang pada 9 April ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM; polis juga mungkin akan memanggil semula suaminya untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini, pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atasnya.
Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata 27 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.
"Rakaman percakapan anak Pamela serta saksi (lain) akan diambil dalam tempoh terdekat dan sedang diatur oleh pihak Interpol," katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis kemungkinan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan wanita berkenaan.
Rusdi berkata pihaknya juga akan memanggil semula suami Pamela, Datuk Seri Hah Tiing Siu untuk direkod keterangan buat kali kedua sekiranya perlu.
Pada 9 April lepas, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan. Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pamela Ling Yueh
#PDRM
#melarikan diri ke luar negara
#SPRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan