MALAYSIA
PDRM tawar diskaun saman 70 peratus bermula 1 November
Saifuddin (foto) berkata jumlah tunggakan saman trafik yang masih belum dijelaskan di seluruh negara kini dianggarkan mencecah RM6.6 bilion. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun saman trafik sehingga 70 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember 2025 sebagai langkah terakhir sebelum pelaksanaan kaedah baharu pembayaran saman bermula 2026.
Ringkasan AI
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah tunggakan saman trafik yang masih belum dijelaskan di seluruh negara kini dianggarkan mencecah RM6.6 bilion.
“Sekiranya tawaran ini mendapat sambutan baik, kita dapat mengurangkan beban tunggakan dengan ketara.
"Selepas tempoh ini, kedua-dua agensi iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM trafik akan menilai semula pendekatan penguatkuasaan terhadap mereka yang masih gagal membuat bayaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Bangunan Parlimen, di sini, pada Rabu.
Menurutnya, kempen kesedaran jalan raya serta program pematuhan undang-undang akan diteruskan bagi membentuk budaya pemanduan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Saifuddin turut memaklumkan bahawa antara tahun 2022 hingga 2025, PDRM berjaya mengutip RM640 juta hasil bayaran saman menerusi pelbagai kempen diskaun.
Pada 2022, tawaran diskaun 50 peratus berjaya menarik penyelesaian 327,369 saman dengan kutipan RM60.8 juta.
Tahun berikutnya, 2023, polis mengekalkan diskaun 50 peratus selain memperkenalkan potongan khas RM50 bagi semua saman, dengan 2.7 juta saman diselesaikan melibatkan kutipan RM211 juta.
Bagi 2024, kadar diskaun pelbagai antara 30, 50 dan 60 peratus ditawarkan, menyaksikan 678,000 saman diselesaikan dan RM119 juta dikutip.
Manakala bagi tempoh Januari hingga September 2025, diskaun 30 dan 50 peratus dilaksanakan, dengan 1.73 juta saman berjaya diselesaikan serta kutipan mencecah RM249 juta.
“Secara keseluruhan, hasil kutipan sepanjang empat tahun ini amat menggalakkan, namun kaedah lama terbukti mendorong sesetengah pihak menunggu tawaran diskaun baharu.
"Sebab itu kerajaan putuskan supaya sistem ini diseragamkan sepenuhnya mulai tahun depan,” jelasnya.
Sementara itu, Anthony menjelaskan bahawa Jemaah Menteri pada Jumaat lalu bersetuju menyelaraskan kadar serta kaedah pelaksanaan kompaun saman trafik bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dilaksanakan secara seragam di seluruh negara.
Beliau berkata, langkah itu menamatkan pemberian diskaun bermusim berasaskan kempen khas dan menggantikannya dengan prinsip baharu ‘Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar’ yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2026. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- PDRM akan menawarkan diskaun saman trafik sehingga 70% bermula 1 Nov hingga 30 Dis 2025 sebagai langkah terakhir sebelum pelaksanaan sistem baharu pada 2026.
- Langkah ini bertujuan mengurangkan tunggakan saman berjumlah RM6.6 bilion dan menggantikan kaedah diskaun bermusim dengan sistem tetap berdasarkan prinsip Lebih Cepat Anda Bayar, Lebih Sedikit Anda Perlu Bayar.
- Sepanjang 2022 hingga 2025, kerajaan berjaya mengutip RM640 juta hasil bayaran saman melalui pelbagai kempen diskaun, namun sistem baharu akan menyelaraskan penguatkuasaan secara lebih adil dan konsisten.