MALAYSIA
PDRM teruskan libat urus elak perhimpunan sempena kehadiran Presiden AS
Mohd Khalid, berkata pihaknya telah menerima maklumat risikan mengenai rancangan perhimpunan tersebut yang dijangka berlangsung di kawasan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjalankan libat urus dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik yang dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di ibu negara pada 26 Oktober ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata pihaknya menerima maklumat risikan mengenai perancangan perhimpunan yang dijangka berlangsung di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), lokasi utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
“Kita sedang menjalankan engagement berterusan dengan pihak terlibat bagi memastikan perhimpunan ini tidak diteruskan, memandangkan ia melibatkan imej negara,” katanya dalam sidang media selepas meninjau sesi raptai sidang kemuncak berkenaan pagi tadi.
Menurut beliau, PDRM telah mencadangkan beberapa lokasi alternatif yang lebih sesuai dan selamat untuk sebarang perhimpunan, lengkap dengan kemudahan liputan media serta kawalan keselamatan yang mencukupi.
“Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, termasuk provokasi,” tambahnya.
Rundingan masih diteruskan melibatkan pelbagai pihak, termasuk beberapa NGO dan pertubuhan berkaitan.
“Masih ada beberapa perkara yang sedang dirundingkan, dan kita akan terus berusaha mencari titik persetujuan agar situasi kekal terkawal,” katanya.
PDRM turut menegaskan komitmen penuh dalam memastikan keselamatan awam dan ketenteraman negara, khususnya sepanjang penganjuran acara yang melibatkan kehadiran pemimpin antarabangsa.
Sebagai langkah persediaan, seramai 10,200 pegawai dan anggota telah digerakkan dalam operasi keselamatan kali ini - penyertaan terbesar PDRM bagi tahun ini.
Ringkasan AI
- Polis giat berunding dengan NGO dan ahli politik bagi mengelakkan perhimpunan sempena kehadiran Presiden AS, Donald Trump, yang dijangka berlangsung berhampiran KLCC.
- Beberapa tapak perhimpunan yang lebih sesuai dan selamat telah ditawarkan, lengkap dengan kawalan keselamatan dan kemudahan media.
- Sebagai persediaan Sidang Kemuncak ASEAN, PDRM menggerakkan 10,200 anggota dalam operasi keselamatan terbesar tahun ini, menegaskan komitmen terhadap ketenteraman awam.