awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tingkat kehadiran dan rondaan di sekolah - KDN

Bernama
Bernama
17/10/2025
15:54 MYT
PDRM tingkat kehadiran dan rondaan di sekolah - KDN
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan bersepadu yang merangkumi aspek pendidikan, pencegahan, dan penguatkuasaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan serta kehadiran anggota polis di kawasan sekolah sebagai langkah menyokong dasar keselamatan digital pelajar yang diperkenalkan kerajaan.

Ringkasan AI
  • Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM akan tingkatkan rondaan dan kehadiran polis di sekolah bagi menyokong langkah keselamatan digital pelajar.
  • Usaha keselamatan ini merangkumi pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan termasuk peranan Pegawai Perhubungan Sekolah serta kempen bersama KPM dan PIBG.
  • Saifuddin menegaskan keselamatan digital pelajar tanggungjawab nasional, selaras cadangan Kabinet termasuk larangan telefon pintar kepada pelajar bawah 16 tahun.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan bersepadu yang merangkumi aspek pendidikan, pencegahan, dan penguatkuasaan.
Beliau berkata antara fokus utama lain ialah memperkukuh peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dalam membimbing pelajar mengenai disiplin dan keselamatan siber, serta menggiatkan kempen kesedaran keselamatan bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
"KDN menyokong pendekatan menyeluruh yang memberi tumpuan kepada peningkatan sistem sokongan kesihatan mental mesra belia di sekolah dan komuniti, penguatkuasaan yang jelas dengan tindakan konsisten terhadap penyalahgunaan peranti, buli siber dan eksploitasi digital," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata pemantauan serta penyesuaian dasar secara berterusan juga perlu bagi memastikan langkah-langkah berkenaan kekal relevan dengan perkembangan teknologi.
Saifuddin berkata usaha itu turut membabitkan penglibatan KPM, Kementerian Kesihatan (KKM), PIBG, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan platform digital.
"Selain itu, pendidikan literasi digital yang mantap perlu diberikan bagi membentuk pelajar beretika dan bertanggungjawab dalam dunia maya. Akauntabiliti platform serta keselamatan melalui reka bentuk (safety by design) juga penting supaya syarikat teknologi turut memainkan peranan dalam melindungi pengguna bawah umur," katanya.
Beliau menegaskan isu keselamatan digital pelajar bukan sekadar berkaitan disiplin sekolah, tetapi merupakan tanggungjawab nasional yang memerlukan kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, ibu bapa, komuniti, dan industri teknologi.
Menurutnya langkah itu bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi untuk melindungi masa depan generasi muda Malaysia agar mereka membesar dalam persekitaran pembelajaran yang selamat, berdisiplin, dan sejahtera secara mental serta digital, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet hari ini menyarankan tiga langkah menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk melarang penggunaan telefon pintar kepada pelajar berumur 16 tahun ke bawah.
Beliau berkata larangan itu bertujuan membendung masalah disiplin, pengaruh media sosial, serta permainan dalam talian yang kerap mencetuskan tingkah laku negatif, termasuk kes buli dan jenayah di sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#kehadiran polis di sekolah
#dasar keselamatan digital pelajar
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami