[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

PDRM umum pertukaran 23 pegawai kanan, lima dilantik Ketua Polis Negeri

Hasimi Muhamad 19/07/2025 | 10:10 MYT
Lima pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner (DCP) dinaikkan pangkat kepada Komisioner (CP), sekali gus dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu - Foto fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 23 pegawai kanan berkuat kuasa 18 Ogos depan.


Ringkasan AI
  • PDRM mengumumkan pertukaran 23 pegawai kanan berkuat kuasa 18 Ogos, termasuk lima pegawai berpangkat Deputi Komisioner yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner dan dilantik sebagai Ketua Polis Negeri bagi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor.
  • Pertukaran turut melibatkan pelantikan pegawai kanan lain ke jawatan strategik di Bukit Aman dan kontinjen negeri, termasuk jawatan Timbalan Pengarah, Komander, Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan, dengan beberapa pegawai memangku pangkat lebih tinggi.
  • Langkah ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula kepimpinan PDRM bagi memperkukuh struktur organisasi dan keberkesanan operasi di pelbagai peringkat.


Ia antaranya melibatkan lima pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner (DCP) yang dinaikkan pangkat kepada Komisioner (CP), sekali gus dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu.

Kelima-lima mereka menerajui kontinjen Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, serta Johor.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata pertukaran tersebut antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.

Pertukaran lain ialah Datuk Shazeli Kahar daripada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur kepada Ketua Polis Selangor, menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

"Datuk Fadil Marsus, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur.

"Manakala, Adzli Abu Shah, yang kini Timbalan Ketua Polis Kedah dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor," katanya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu, 18 pegawai kanan lain termasuk Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Kamaruzaman menambah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman dilantik sebagai Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Che Ghazali Che Awang pula bertukar ke Komandan Maktab PDRM, Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

Manakala itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, Baderulhisham Baharudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat DCP.

Turut terlibat dalam pertukaran tersebut ialah Ketua Cawangan Khas Sarawak, Mohd Taufik Toh Abdullah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

"Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Suffian Sulaiman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/ Perundangan Sarawak, ACP Lim Bak Phai kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

"Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah, ACP Mohd Ismail Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis dengan memangku pangkat SAC.

"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, ACP Mohd Afzanizam Yahaya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya lagi.

SENARAI LAIN:

- Ketua Urus Setia/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Marvin Tan Seng Kian ditukar kepada Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan / Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, memangku pangkat SAC.

- Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP S. Batumalai R. Suppiah dilantik sebagai SAC (Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

- Penolong Pengarah Operasi Pencegahan (Analisa Pendataan) Cawangan Operasi Pencegahan/ Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Hoo Chang Hook dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields Kuala Lumpur.

- Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superitendan Mohamad Alpiyang Ali dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dengan memangku Pangkat ACP.

- Penolong Ketua Urus Setia (Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superitendan Azahar Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Urus Setia/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

- Ketua Unit Siasatan Jenayah Korporat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superitendan Mohd Zaini Othman dilantik sebagai Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.

- Insp/ASP/DSP/ Superitendan Seksyen Penerbangan Helikopter Aw 139 (5) Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan Semenanjung, Superitendan Ras Nazrin Shah Abdullah dilantik sebagai Komander Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan Sabah, dengan memangku pangkat ACP.

- Pegawai Turus Pembangunan/ Implementasi Unit Teknologi Maklumat Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Superitendan Norshahidah Anuwar dilantik sebagai Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, dengan memangku pangkat ACP.

- Timbalan Komandan (Urus Tadbir/ Kepolisan Am) Pulapol Kuala Lumpur, Razali Mohammed Shahid dilantik sebagai Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/ Latihan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, dengan memangku pangkat ACP.






#PDRM umum pertukaran #Pertukaran pegawai kanan PDRM #Bukit Aman #CPO