awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 21 Jun

Bernama
Bernama
22/05/2021
04:34 MYT
PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 21 Jun
Pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor SAC Alzafny Ahmad yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Kedah.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan enam pegawai kanannya, berkuat kuasa 21 Jun ini.
Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Supt Skandaguru Anandan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor SAC Alzafny Ahmad yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Kedah.
"Jawatannya akan digantikan oleh Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Johor ACP Abdul Aziz Ali dengan memangku pangkat SAC.
"Pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur Supt Aniesa Hanum Ahamad yang akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) DSP Sarih Salleh pula dilantik sebagai Ketua JSJ Perlis dengan memangku pangkat Supt.
Pertukaran lain turut menyaksikan Timbalan Ketua JSJ Narkotik Perlis DSP Mohd Zati Hamid dilantik Ketua JSJ Narkotik Perlis memangku pangkat Supt manakala ASP Pengurusan/Lesen/Pendataan, Bahagian Perlesenan, Jabatan Pengurusan Sabah ASP Simiun Lomudin bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Ranau, Sabah dengan memangku pangkat DSP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pertukaran jawatan
#pegawai kanan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan