awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India

Bernama
Bernama
17/01/2026
21:10 MYT
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India
Thinaah (kiri) mengakui kelincahan serta kepantasan pergerakan Fukushima-Matsumoto memberi tekanan berterusan sehingga menjejaskan kekuatan pertahanan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pentas final Terbuka India 2026 selepas disingkirkan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir di New Delhi, pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Pasangan wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, gagal mara ke final Terbuka India 2026 selepas kalah kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dalam separuh akhir di New Delhi.
  • Fukushima-Matsumoto menang dengan skor 21-16, 21-13 dalam tempoh 46 minit, disebabkan kepantasan pergerakan dan serangan pantas yang menekan pertahanan Pearly-Thinaah.
  • Thinaah mengakui perlu memperbaiki pertahanan, menjadi lebih peka ketika bertahan, dan tampil lebih agresif serta berani dalam permainan untuk menangani lawan yang bermain pada tempo tinggi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, gandingan Jepun itu tampil lebih bertenaga untuk menundukkan Pearly-Thinaah 21-16, 21-13 dalam tempoh 46 minit, sekali gus menamatkan kemaraan pasangan pilihan kedua kejohanan itu.
Thinaah mengakui kelincahan serta kepantasan pergerakan Fukushima-Matsumoto memberi tekanan berterusan sehingga menjejaskan kekuatan pertahanan mereka, sekali gus membuka ruang buat lawan mengatur serangan dengan lebih berkesan.
"Dalam perlawanan ini, pihak lawan benar-benar memberi tekanan menerusi serangan pantas mereka dan situasi itu menyebabkan pertahanan kami kurang mantap. Ini aspek yang perlu kami perbaiki dan lebih berwaspada, terutama apabila berdepan lawan yang bermain pada tempo tinggi.
"Pada masa sama, kami perlu lebih peka ketika bertahan serta tampil lebih agresif dan berani dalam corak permainan," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan, semalam.
Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian edisi lalu apabila turut terkandas di peringkat separuh akhir.
Selepas ini, Pearly-Thinaah dijadual meneruskan cabaran negara pada kejohanan Masters Indonesia di Istora SEnayan, Jakarta, bermula Selasa ini, dengan bertemu gandingan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai pada pusingan pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Pearly Tan-M Thinaah
#Terbuka India
#Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan