Skip to main content

Malaysia

Pecah patung kuil: Tiga individu termasuk seorang aktivis ditahan bantu siasatan - Polis

Fadil berkata ketiga-tiga individu itu ditahan di Beranang, Selangor pada Ahad, namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari tamat pada Selasa lepas. - Foto Bernama
Fadil berkata ketiga-tiga individu itu ditahan di Beranang, Selangor pada Ahad, namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari tamat pada Selasa lepas. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Tiga individu termasuk seorang aktivis ditahan bagi membantu siasatan insiden empat patung dipecahkan di sebuah kuil di Jalan Klang Lama.
  • Mereka ditahan di Beranang, Selangor dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari tamat pada Selasa lepas.
  • Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga individu termasuk seorang aktivits ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes empat patung dipecahkan di sebuah kuil di Jalan Klang Lama di sini, dalam insiden pada 6 Okt.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata ketiga-tiga individu itu ditahan di Beranang, Selangor pada Ahad, namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari tamat pada Selasa lepas.

“Siasatan awal menemukan sebanyak empat patung keagamaan di kuil berkenaan telah dipecahkan. Anggaran nilai kerugian masih belum dapat dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu juga telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan menggesa polis menjalankan siasatan susulan tular satu video, memaparkan beberapa patung dipecahkan di sebuah kuil.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement