MALAYSIA

Pecatlah.. saya tunggu di pejabat - Dr Mahathir

Fauzi Suhaimi 29/05/2020 | 07:19 MYT
Menerusi satu catatan di akaun Twitter milik Dr Mahathir turut memberitahu beliau sedang menunggu di pejabatnya untuk dipecat. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini pada Jumaat.

Menerusi satu catatan di akaun Twitter miliknya turut memberitahu beliau sedang menunggu di pejabatnya untuk dipecat.

"Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat," katanya ringkas.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada Khamis, Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Bersatu bersama empat lagi iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah digugurkan keahlian mereka daripada Bersatu.

#anak #Kubang Pasu #Mahathir Mohamad #Malaysia #Maszlee Malik #menteri #Mukhriz Mahathir #Parlimen #Perdana Menteri #Petaling Jaya #PPBM #presiden #Twitter