awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegang kemaluan, cium pipi penghantar makanan, lelaki ditahan polis

Aida Aziz
Aida Aziz
26/08/2023
04:09 MYT
Pegang kemaluan, cium pipi penghantar makanan, lelaki ditahan polis
Polis Perak menahan seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan dipercayai mencabul seorang lelaki yang merupakan pekerja penghantar makanan pada Selasa lalu.
TAPAH: Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan dipercayai mencabul seorang lelaki yang merupakan pekerja penghantar makanan pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa suspek memegang kemaluan dan mencium pipinya ketika menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di Sungkai, di sini.
"Pada 24 Ogos sekitar jam 9.30 malam, pihak Polis Daerah Tapah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.
"Mangsa menyatakan semasa menghantar pesanan makanan di sebuah rumah di kawasan Sungkai, Tapah, mangsa telah dicabul oleh seorang lelaki berusia 57 tahun dengan cara memegang kemaluan dan mencium pipi mangsa.
"Siasatan telah dijalankan dan tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada hari sama lebih kurang jam 10.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam (25 Ogos).
Sehubungan itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman ini.
Topic Berkaitan
#pegang kemaluan
#cium pipi
#penghantar makanan
#Lelaki ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan