awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegangan tauhid kuat bantu hapus khurafat dan sihir - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
28/01/2024
23:15 MYT
Pegangan tauhid kuat bantu hapus khurafat dan sihir - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis bertitah, umat Islam yang benar-benar faham dan beriman tidak akan terdedah kepada khurafat atau ilmu sihir sebagai penyelesaian masalah. - Foto BERNAMA
KANGAR: Pegangan tauhid yang kuat amat penting dalam membantu menghapuskan segala bentuk khurafat dan sihir yang boleh merosakkan akidah umat Islam pada zaman ini, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah pegangan yang kuat itu bukan sahaja dapat mengukuhkan iman, malah melindungi umat Islam daripada kesan buruk khurafat dan sihir yang menyeleweng daripada landasan Islam sebenar.
"Oleh itu, umat Islam yang benar-benar faham dan beriman tidak akan terdedah kepada khurafat atau bergantung kepada ilmu sihir sebagai penyelesaian kepada masalah mereka.
"Dengan pegangan tauhid yang kuat, individu akan meletakkan tawakal dan pergantungan mereka semata-mata kepada Allah, memohon pertolongan-Nya melalui doa yang ikhlas dan mematuhi petunjuk-Nya," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian semasa berkenan berangkat menutup Konvensyen Sunnah Antarabangsa Perlis (PISC) 2024 di Dewan 2020 di sini pada Ahad. Turut hadir Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Raja Muda Perlis turut bertitah mengalu-alukan penceramah dan pengunjung konvensyen itu untuk menerokai tempat pelancongan dan mencuba juadah tempatan di Perlis bertepatan dengan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
"Nikmatilah pemandangan, keindahan flora dan fauna negeri Perlis serta rakamlah gambar atau video sebanyak mungkin sebagai kenang-kenangan," titah baginda.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis penutup PISC 2024, Mohd Asri berkata lebih 4,000 pengunjung dari dalam dan luar negara menghadiri konvensyen dua hari bermula semalam itu, yang juga julung kali dianjurkan dengan tema 'Light of Tawheed'.
"Konvensyen ini menampilkan enam penceramah terkenal antarabangsa. Alhamdulillah, konvensyen ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung dari 36 negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Sudan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iman
#khurafat
#sihir
#Raja Muda Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan