MALAYSIA
Pegawai agama didakwa kes rasuah babit program dakwah sempena Isra' Mi'raj
Muhammad Suhaimi Saleh, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Allan Suman Pillai. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang pegawai agama hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan salah guna jawatan dengan membuat pesanan kerajaan bernilai RM30,800 pada tahun lepas.
Ringkasan AI
Muhammad Suhaimi Saleh, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.
Lelaki itu, yang bertugas di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan RM11,000 dengan meluluskan pesanan kerajaan bagi Program Gerakan Tumpuan Dakwah Sempena Isra' Mi'raj di Masjid Daerah Kubang Pasu, sedangkan program dan pembekalan itu tidak dibuat.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Suhaimi didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan RM19,800 dengan meluluskan pesanan kerajaan bagi Majlis Haflah Atfal Tadika Islam Peringkat Daerah Kubang Pasu, yang dia didakwa mempunyai kepentingan.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu pada 23 Jan 2024 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin manakala Muhammad Suhaimi diwakili peguam Ahmad Muzambir Abdul Razak.
Pillai, yang membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan mengarahkan tertuduh agar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan, menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 27 Nov depan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Muhammad Suhaimi Saleh, pegawai di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna jawatan melibatkan pesanan kerajaan bernilai RM30,800 bagi dua program yang didakwa tidak dilaksanakan.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, mengarahkan penyerahan pasport dan laporan bulanan kepada SPRM, serta menetapkan sebutan semula kes pada 27 November depan.