MALAYSIA
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Adzli (tiga dari kiri) menunjukkan antara barangan rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Pegawai dan anggota polis antara 77 orang penjawat awam yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pengambilan dan penyalahgunaan dadah di negeri ini bagi sepanjang tempoh tahun ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi dan ujian urin yang dilakukan.
"Saya tidak malu untuk nyatakan pegawai dan anggota polis turut terbabit di mana pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan yang kita tidak akan berkompromi dan tangkapan penjawat awam ini termasuklah guru dan sebagainya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, pada Selasa.
Adzli berkata, statistik kejayaan Kontinjen Kedah, merekod tangkapan berkaitan dadah sejak Januari hingga 21 Disember tahun ini sebanyak 26,907 kes berbanding tahun lalu hanya 23,759 kes.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 13.2 peratus.
"Manakala jumlah tangkapan pula adalah seramai 27,657 orang termasuk pembekal dan daripada jumlah itu, 24,335 orang adalah penagih dadah di negeri ini.
"Jumlah ini juga meningkat sebanyak 14.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya.
Sementara pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk ketum sebanyak RM47.6 juta berbanding hanya RM8.8 juta tahun lalu dan peningkatan ini adalah sebanyak 500 peratus.
Beliau berkata, jenis dadah yang popular dan banyak dirampas adalah bunga ganja iaitu sebanyak 426 kilogram (kg) diikuti syabu iaitu lebih 419 kg, ganja 192 kg dan heroin base 120 kg.
"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pula iaitu penagih yang mempunyai dua rekod menagih, seramai 1,474 orang berjaya ditahan dan dituduh setakat semalam.
"Hukuman yang dikenakan bagi kesalahan itu adalah lima tahun penjara bersama sebatan.
"Jika dilihat kekuatan pegawai dan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Kedah, kita mempunyai seramai 54 pegawai dan 264 anggota tetapi banyak kejayaan dan rampasan yang diperolehi setakat ini.
"Saya beri amaran pada pihak tidak bertanggungjawab di sana, saya nak pesan, pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.
"Kita tiadak pernah putus asa dalam membanteras kegiatan penyeludupan dadah terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand," katanya.