awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, anggota polis di sempadan perlu bertugas dengan jujur

Bernama
Bernama
28/03/2017
05:36 MYT
Pegawai, anggota polis di sempadan perlu bertugas dengan jujur
Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan bergambar bersama warga Polis Diraja Malaysia pada Program 'Kayuhan Sedia Berkhidmat' sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210 di Perlis, semalam. - Foto BERNAMA
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail meminta para pegawai dan anggota polis di sempadan menjalankan tugas dengan jujur, bertanggungjawab, telus dan amanah.
Titah baginda, bertugas di kawasan sempadan mempunyai cabaran besar dan memerlukan komitmen tinggi khususnya bagi membanteras jenayah rentas sempadan, perdagangan manusia dan penyeludupan.
"Oleh itu, jalinan kerjasama strategik dengan semua agensi seperti inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam setiap operasi akan lebih berkesan," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah selepas berkenan berangkat menyertai program berbasikal 'Kayuhan Sedia Berkhidmat' sejauh 16 kilometer sempena Sambutan Hari Polis ke-210 yang bermula dan berakhir di perkarangan Surau Perumahan Polis Seriab dekat sini, petang semalam.
Program itu diadakan sekali dengan aktiviti 'Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' ke-19, anjuran MAIPs dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Kelab TTG Perlis.
Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs menambah masyarakat menghargai sumbangan polis namun masih terdapat ruang untuk hubungan kedua-dua pihak dipertingkatkan.
Menurut baginda, pegawai dan anggota polis masih perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai kemahiran insaniah selain mengiktiraf masyarakat yang terlibat menjaga keselamatan dan keamanan setempat.
"Suasana masyarakat hari ini yang semakin bersifat individualistik memerlukan pendekatan yang boleh menyatukan komuniti yang kompleks," titah Tuanku Syed Faizuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Polis
#jenayah
#polis
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan