awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan - KSN

Khalis Khadir
Khalis Khadir
31/12/2024
06:00 MYT
Pegawai awam dilarang beri kenyataan memburukkan nama kerajaan - KSN
Tegas Shamsul Azri, larangan berkaitan perkara ini dinyatakan secara jelas dalam Peraturan 19 (1) dan 19 (2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam, kecuali yang telah diberi kuasa atau mandat untuk berbuat demikian bagi pihak kementerian atau jabatan.

Ringkasan AI
  • Semua pegawai awam dinasihat tidak mengeluarkan kenyataan awam kecuali yang diberi kuasa atau mandat.
  • Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan larangan ini dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.
  • Pelanggaran peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Peringatan itu ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Menerusi kenyataan di media sosial Kementerian Kesihatan (KKM), Shamsul Azri mengingatkan perkara itu ketika Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri 2024.
"Pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.
“Larangan berkaitan perkara ini dinyatakan secara jelas dalam Peraturan 19 (1) dan 19 (2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” ujar Shamsul.
Tegasnya, jika terdapat kesalahan atau pelanggaran terhadap peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat.
Topic Berkaitan
#pegawai awam
#KSN
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan