MALAYSIA
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 diperdaya sindiket jualan kenderaan dalam talian
Mangsa telah membuat 40 kali pembayaran ke lapan akaun berbeza berjumlah RM241,700. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai bank kerugian RM241,700 apabila wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanannya lesap selepas diperdaya sindiket pembelian kenderaan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa lelaki berusia 52 tahun itu telah melihat iklan jualan kereta terpakai di laman sosial Facebook pada 4 Julai lepas.
Beliau berkata mangsa yang berminat untuk membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda telah menekan pautan di laman sosial berkenaan dan berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa telah memberi salinan kad pengenalan dan sejumlah wang sebagai bayaran pendahuluan kepada wakil syarikat yang dikatakan beroperasi di Pelabuhan Klang, Selangor.
"Dalam tempoh 9 hingga 21 Julai lepas, mangsa telah membuat 40 kali pembayaran ke lapan akaun berbeza berjumlah RM241,700. Mangsa mula rasa tertipu apabila diminta membuat tambahan bayaran sebanyak RM31,000 kononnya untuk kos cap jari di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa telah membuat laporan polis pada 9.37 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA