awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai bomba akan dihantar latihan menyelamat di air ke luar negara

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/02/2019
05:43 MYT
Pegawai bomba akan dihantar latihan menyelamat di air ke luar negara
MOHAMAD HAMDAN: JBPM akan membangunkan pusat latihan di air di Wakaf Tapai, Terengganu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan menghantar pegawainya ke luar negara untuk menjalani latihan operasi menyelamat di air.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, ia dirancang diadakan di Hong Kong, Australia dan United Kingdom (UK).
"Ia bergantung kepada kos implikasi kewangan, sekiranya tidak tinggi, kita akan hantar segera.
"Memandangkan peruntukan kewangan terhad, kita hantar pegawai, yang balik nanti mereka boleh jadi jurulatih, pegawai rujukan di masa akan datang untuk menggubal modul latihan dan membantu dalam prosedur pembinaan operasi standard (SOP)," katanya semasa sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Selangor 2018 di sini, pada Khamis.
Pada majlis berkenaan, seramai 135 pegawai dan anggota termasuk 14 pegawai bomba bantuan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang masing- masing.
Dalam pada itu katanya, JBPM akan membangunkan pusat latihan di air di Wakaf Tapai, Terengganu.
Ia akan melibatkan peruntukan RM20 juta dan bakal menjadi pusat latihan dalam aspek simulasi.
Topic Berkaitan
#anggota
#bomba
#JBPM
#latihan
#Mohamad Hamdan Wahid
#operasi
#operasi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan