MALAYSIA
Pegawai bomba maut motosikal terbabas

Allahyarham Arizal Mahmud yang berusia 54 tahun terbabit dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
PENDANG: Seorang pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Pendang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Choras, di sini, pada Rabu.
Mangsa, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Arizal Mahmud, 54, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian jam 5.40 petang mangsa yang menunggang motosikal Honda ADV160 baru keluar dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pendang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kedah.
“Apabila sampai di Jalan Bukit Choras, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu motosikal terbabas dan mangsa terseret di atas jalan.“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Hospital Pendang dengan menaiki Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Pendang untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.35 malam ketika menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Rodzi berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Huzaini Halil mengesahkan pegawainya terlibat dalam kemalangan terbabit.
Katanya, kejadian berlaku ketika Allahyarham Arizal yang baru selesai tugas dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami