MALAYSIA
Pegawai Imigresen simpan RM1.5 juta dalam Tabung Haji, ASB
Antara barangan rampasan hasil serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto akaun rasmi TikTok SPRM
PUTRAJAYA: Seorang pegawai Jabatan Imigresen dikesan menyimpan kira-kira RM1.5 juta dalam akaun miliknya serta keluarga hasil serbuan Op Rentas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Menurut hantaran menerusi akaun rasmi TikTok SPRM, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lebih RM1 juta dalam akaun Tabung Haji atas nama dirinya, isteri dan anak-anak, manakala lebih RM400,000 disimpan dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Selain itu, SPRM turut merampas barang kemas bernilai anggaran RM60,000 serta wang tunai RM13,900 daripada suspek berkenaan.
Dalam operasi sama, SPRM Kuala Lumpur merampas wang tunai berjumlah RM150,000, termasuk RM125,000 yang ditemukan di atas bumbung rumah seorang pegawai wanita, selain barangan kemas bernilai RM15,000.
Seorang lagi suspek wanita pula dikesan menyimpan barang kemas bernilai RM80,000 serta wang tunai RM41,470 dan 13,300 baht.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata ketiga-tiga suspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket counter setting, dan disyaki menerima rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
"Op Rentas telah dijalankan serentak di empat negeri oleh Bahagian Perisikan SPRM sejak Selasa lepas," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- SPRM kesan pegawai Imigresen simpan RM1.5 juta dalam akaun Tabung Haji dan ASB, hasil serbuan Op Rentas di Kuala Lumpur.
- Turut dirampas barang kemas bernilai RM60,000 dan wang tunai RM13,900, manakala operasi sama menemui wang RM125,000 di atas bumbung rumah pegawai wanita.
- Tiga suspek dipercayai bersekongkol dengan sindiket counter setting, disyaki terima rasuah untuk mudahkan kemasukan warga asing tanpa ikut prosedur.