ALOR SETAR: Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, atas tiga pertuduhan menyalahguna wang bantuan membaiki rumah berjumlah RM9,000 pada 2016 dan 2017.
Tertuduh, Mohamad Zarir Mohamad Khozali, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad@Shaharudin.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan curang menyalahgunakan harta iaitu wang bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 kepunyaan P Nagajothi di Pejabat JKM Kulim pada 15 Mac 2017.
Sementara pertuduhan kedua, Mohamad Zarir didakwa dengan curang menyalahgunakan harta iaitu wang bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 kepunyaan Umi Kalsom Awang di Pejabat JKM Kulim pada 19 September 2016.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa dengan curang menyalahgunakan harta iaitu wang bantuan membaiki rumah sebanyak RM3,000 kepunyaan M Jothi pada 15 Mac 2017 di lokasi sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun berserta sebat dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran.
Mohd Zulfadli kemudian meminta mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam tertuduh merayu jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya akan digantung kerja dan bakal menerima bayaran separuh gaji sahaja.
Mohd Hakim turut memaklumkan, tertuduh juga mempunyai tanggungan isteri serta empat anak selain turut menanggung kedua ibu bapa berusia 68 dan 65 tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin selain perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.
Hakim menetapkan tarikh 16 Disember depan untuk proses sebut semula kes dan penyerahan dokumen berkaitan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Nov 16 2021
Tertuduh, Mohamad Zarir Mohamad Khozal (kanan) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad@Shaharudin. - Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Pegawai JKM tidak mengaku salah guna wang bantuan baiki rumah
Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang bantuan membaiki rumah berjumlah RM9,000.
Tuntutan palsu: Penolong pengarah JKM mengaku tidak bersalah
Syed Mohd Abdul Ghani Syed Ali, 54, yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai JKM Daerah Mersing, dituduh membuat tuntutan palsu berjumlah RM5,000 bagi membekal pakaian seragam.