awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam sistem HRMIS - EAIC

Bernama
Bernama
30/05/2025
09:06 MYT
Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam sistem HRMIS - EAIC
EAIC telah menerima aduan terhadap JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ KL) melibatkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan.
PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati terdapat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang gagal mengemas kini dan mengisytiharkan pelupusan harta dalam sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

Ringkasan AI
  • Ketidakpatuhan pegawai JPJ: EAIC mendapati beberapa pegawai JPJ KL gagal mengemas kini pelupusan kenderaan dalam sistem HRMIS.
  • Pelanggaran peraturan: Kenderaan yang tidak lagi dimiliki pegawai JPJ masih tersenarai dalam sistem, melanggar Peraturan Pegawai Awam 1993.
  • Tindakan EAIC: Hasil siasatan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPJ dengan cadangan untuk mengeluarkan Surat Teguran kepada pegawai terlibat.

EAIC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima aduan terhadap JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ KL) melibatkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan.
Menurut kenyataan itu siasatan dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
"Siasatan mendapati bahawa terdapat beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ KL masih belum diisytiharkan lupus melalui sistem HRMIS walaupun kenderaan tersebut telah tidak berada dalam pemilikannya dalam satu tempoh masa yang lama.
"Hal tersebut sekali gus melanggar subperaturan 10(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPJ dengan cadangan Surat Teguran diberikan kepada pegawai JPJ yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
#EAIC
#pegawai JPJ
#sytihar pelupusan harta
#sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami