awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan MBSA didakwa terima Vellfire

Bernama
Bernama
23/02/2023
09:06 MYT
Pegawai kanan MBSA didakwa terima Vellfire
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April 2017. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima sebuah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire 2.5, enam tahun lepas.
Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, sebagai seorang penjawat awam didakwa menerima untuk dirinya kenderaan itu yang bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat untuk perkara yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara Utama pada 14 April 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap awal bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.
Mahkamah menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MBSA
#Toyota Vellfire
#Rasuah
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan