awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan polis cedera dirempuh samseng jalanan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
27/08/2017
02:58 MYT
Pegawai kanan polis cedera dirempuh samseng jalanan
Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) cedera selepas dirempuh sebuah motosikal yang melarikan diri dalam satu operasi khas jam 3.30 pagi tadi. -Astro AWANI/Rudi Affendi Khalik
Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) cedera selepas dirempuh sebuah motosikal yang melarikan diri dalam satu operasi khas jam 3.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika mengesahkan kejadian berkata insiden berlaku di bulatan Kampung Gersik, dekat sini.
"Pegawai terbabit, ASP Mohd Fauzi Mohammat sedang mengeluarkan saman terhadap sebuah motosikal, sebelum sebuah motosikal lain merempuh sekatan dan mangsa sebelum memecut lari.
Akibat rempuhan tersebut, Mohd Fauzi yang juga pegawai penyelaras kereta peronda IPD Kuching cedera di kedua-dua belah kaki selain mengalami hentakan di kepala.
"Beliau dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Umum Sarawak.
Kata Abang Ahmad, pihaknya sedang memburu penunggang motosikal terbabit.
"Cabaran ini tidak akan melemahkan kita dan operasi cegah jenayah sebegini akan tetap diteruskan.
"Malah kita menyeru orang ramai agar sama-sama membanteras samseng jalanan di bandar raya Kuching dengan menyalurkan maklumat mengenai mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Abang Ahmad Abang Julai
#hentakan di kepala
#Mohd Fauzi Mohammat
#penunggang motosikal
#samseng jalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan