KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam, awal pagi, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada kira-kira 3.07 pagi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu
Shazeli berkata pihaknya turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.