MALAYSIA
  
            Pegawai kanan TLDM mengaku tidak bersalah terima rasuah RM93,800
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
            
      SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lapan pertuduhan rasuah membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM93,800, sejak Oktober 2023 hingga April lepas.
Kapten Mahazam Ali, 48, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan Mahazam sebagai Pengarah Strategi Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia dan Pengarah Cawangan Komunikasi, Bahagian Siber Elektromagnetik Pertahanan, didakwa menerima benda berharga tanpa balasan iaitu wang berjumlah RM10,000, RM13,000, RM10,000, RM11,800, RM10,000, RM14,400, RM12,800 dan RM11,800 antara 13 Okt 2023 hingga 25 April 2025.
Wang tersebut didakwa diterimanya daripada seorang lelaki berusia 33 tahun melalui seorang wanita berusia 31 tahun, di sebuah bank cawangan Shah Alam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanja Pencegahan Rasuah Malayasia (SPRM) Atirah Mohd Azuarizanuddin, mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM berdekatan.
Peguam Lee Keng Fatt memohon jaminan berjumlah RM5,000 dengan alasan lelaki itu perlu menanggung anak berusia 22 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam, serta menanggung ibu berusia 84 tahun yang menghidap demensia serta memerlukan perbelanjaan rawatan berkala.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan jaminan RM10,000 dan Mahazam diperintah tidak mengganggu mana-mana saksi termasuk rakan sekerja di Kementerian Pertahanan, serta dilarang mengakses sebarang fail dan data yang mempunyai kaitan dengan kes.
Sebutan semula kes ditetapkan 17 Dis depan.
-- BERNAMA