awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan persepsi awam kunci kejayaan reformasi sektor pendidikan, pertahanan
Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis

Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah

Bernama
Bernama
23/01/2026
21:40 MYT
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah
SPRM menahan reman dua individu melibatkan seorang pengarah syarikat dan pegawai kanan TLDM kerana disyaki terlibat rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerja-kerja di tempat pegawai kanan itu bekerja. - Foto SPRM/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman kerana disyaki terlibat rasuah dengan mengesyor dan melantik syarikat kroni mendapatkan kerja di tempat beliau bertugas.
Turut ditahan reman, seorang pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dan bersubahat dalam aktiviti rasuah berkenaan.
Perintah reman selama tujuh hari hingga 29 Jan terhadap kedua-dua individu berkenaan dikeluarkan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi semalam.
Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an itu ditahan kira-kira 6.50 petang dan 9.40 malam pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak, di Ipoh.
"Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020.
"Siasatan awal turut mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga rumah kedai dan dua hotel yang didaftarkan atas nama beliau," katanya.
Sumber juga memaklumkan, siasatan mendapati terdapat kemasukan sejumlah wang dari sumber yang diragui bernilai kira-kira RM2 juta ke dalam akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan milik pegawai tersebut.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#pegawai kanan TLDM
#pengarah syarikat
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.