[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Pegawai KDN antara ditahan SPRM kes rasuah percepat urusan warganegara

Sinar Harian 08/05/2025 | 04:45 MYT
Ketiga-tiga individu sedang dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta seorang individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas pada Rabu

Ringkasan AI
  • Dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta seorang individu ditahan oleh SPRM dalam operasi khas berkaitan kes rasuah mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara.
  • Ketiga-tiga individu sedang dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, dengan pihak KDN memberikan kerjasama penuh dalam siasatan.
  • Operasi ini merupakan kesinambungan daripada Op Outlander yang dilaksanakan baru-baru ini, dan kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes rasuah melibatkan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, operasi itu dijalankan antara jam 1.00 petang hingga 5.00 petang sebagai lanjutan daripada Op Outlander yang dilaksanakan baru-baru ini.
"Kesemua yang ditahan sedang dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, pihak KDN telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam menjalankan siasatan.
Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. -- Sinar Harian
#pegawai KDN #ditahan SPRM #Kementerian Dalam Negeri #Op Outlander